INFO PKG KULIM

 

SEJARAH PKG


J
alinan rancangan prasarana pendidikan yang memberikan perkhidmatan kepada guru-guru setempat bagi hal-hal profesional yang mengutamakan pelaksanaan kurikulum, berlandaskan Teknologi Pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN)
PKG ialah pusat peningkatan profesionalisme keguruan menerusi pelbagai aktiviti pendidikan yang mengutamakan perkembangan kurikulum berlandaskan teknologi pendidikan. Ia sentiasa menjalankan program-program bagi mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran serta perkhidmatan dan menggiatkan aktiviti yang memenuhi keperluan guru-guru (Leong Kam Chong & Naim Hj. Ahmad, 1994).
Ia merupakan institusi pendidikan, budaya perkongsian dan pendemokrasian serta rangkaian dalam pusat sumber pendidikan.

adalah menjadi harapan Kementerian Pendidikan Malaysia supaya aktiviti dan program yang akan dan sedang dilaksanakan hendaklah dibuat perancangan yang menyeluruh sesuai dengan objektif penubuhan PKG ini-(Menteri Pendidikan Malaysia, 1992)


....dengan itu perancangan yang rapi perlu dilakukan oleh setiap PKG demi memastikan objektif penubuhan PKG ini tercapai-(Dato Asiah Abu Samah, 1992)


PIAGAM

PUSAT KEGIATAN GURU

NEGERI KEDAH DARUL AMAN

KAMI WARGA
PUSAT KEGIATAN GURU NEGERI KEDAH DARUL AMAN
DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM
BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN
SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK
1. Mengadakan program peningkatan pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi pendidikan melalui :
  • Penghasilan dan penggunaan bahan
  • penyebaran maklumat / hasil inovasi
  • latihan - latihan kemahiran
2. Menawarkan kemudahan fizikal, rujukan, perkakasan dan perisian yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.

3. Memberi peluang guru - guru meningkatan taraf professionalisme keguruan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

4. Mengesan dan menilai tahap kemahiran pengajaran dan pembelajaran secara berterusan serta membuat tindakan susulan.

5. Membantu menyelesaikan masalah kurikulum tepat pada masa dan tempat berbangkit.

6. Merialisasikan pendemokrasian pendidikan melalui rangkaian permuafakatan antara guru – guru dengan PKG, PPD, BTPN, JPN dan masyarakat setempat selaras dengan Wawasan Pendidikan Negara.
VISI PKG

Pembudayaan Teknologi Pendidikan di Sekolah

MISI PKG

Membina, Mempertingkatkan, dan Mengekal Keberkesanan Amalan Teknologi Pendidikan Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Secara Kreatif dan Inovatif.



Matlamat PKG

M
atlamat PKG adalah untuk meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah-sekolah melalui taraf profesionalisme guru-guru berdaarkan kepada penghayatan Falsafah Pendidikan Negara. PKG akan merealisasikan potensi dan individualiti guru sehingga dapat melaksanakan amanah dengan baik dalam setiap peringkat dan bidang kehidupan bagi menghadapi cabaran Wawasan 2020 selaras dengan dasar pembangunan Negara kita



===================================================



Objektif PKG

Dengan wujudnya Pusat Kegiatan Guru, melalui program dan aktiviti yang sistematis diharap akan dapat :-
  • Meningkatkan kualiti pendidikan, hasil daripada proses pengajaran-pembelajaran yang terancang
  • Menjalankan aktiviti penyelidikan untuk mengesan keberkesanan proses pengajaran-pembelajaran
  • Mengesan serta menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi oleh guru secara usahasama
  • Memupuk ikhtiar dan minat guru ke arah mempertingkatkan kualiti profelsionalisme mereka
  • Membina dan mengukuhkan daya juang, daya tahan dan daya saing di kalangan guru
  • Mempertingkatkan keterampilan guru-guru melalui program latihan dalam perkhidmatan sejajar dengan perkembangan kurikulum
  • Meyebar maklumat, pengetahuan dan inovasi pendidikan
  • Merapatkan hubungan antara sekolah-sekolah dalam aspek keperluan perkhidmatan dan pendidikan.
  • Menyediakan kemudahan untuk guru menjalankan aktiviti sosial yang membina
  • Mengeratkan hubungan dengan masyarakat setempat
  • Mengeratkan hubungan dengan masyarakat korporat supaya pelajar-pelajr dapat peluang memahami aspek perdagangan dan perindustrian dan kaitannya dengan kehidupan masyarakat

No comments:

Post a Comment